.: NORMAL ENTRY :.

January 15th, 2007 by al-mawaddah

Huuuuuuhuuuuu…dah lama xentry atas sebab2 yg xdpt di elakkan…
2006 dah pon berganti dgn 2007…
dalam masa 5 ari lagi, 1248H pula akan disambut…
camne dgn azam tahun baru???
masih sama dengan azam tahun lepas???

Bookmark and Share

:::adab:::

September 28th, 2006 by al-mawaddah

Adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa
peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara
yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2.  Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram
atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan
berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi
bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka
perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah
kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri
daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan
daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai
yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri
terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak
binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda
Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada
puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam
sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang
berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu
adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang
berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat
bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka
hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada
malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami
kejerihan lapar dan dahaga.
Dengan demikian sanubarinya terkawal,
keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati
puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka
dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat
makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan
perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani
yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal
ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain
sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan
menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan
ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat
dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya
sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah
punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah
s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong
perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan
tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian
perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga
terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya
perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan
nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara
kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada
bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan,
bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan
mengingati-Nya sebaik mungkin.
Justeru, dia tidak melakukan perkara
duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang
berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada
bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang
sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk
waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada
memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat
Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik
(berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk
waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun
dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
Sabda baginda s.a.w.:
Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa
baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi
sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan
Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan
solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana
meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa
rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya
lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan
makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.
Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan
pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali
mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam,
bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua
peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang
solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan
rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat
bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan
untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Bookmark and Share

:::puasa:::

September 25th, 2006 by al-mawaddah

alhamdulillah…pada hari pertama puasa, dpt bersahur dgn adik2 DN…dapat tadarus al-Quran dan solat terawih kat masjid UPM bersama-sama. masa bincang2 nak tadarus al-Quran dgn sal dan asrien, sal ada bincang dgn aku sbg wakil FEDEC utk ambik jusz AL-NAJM hingga jusz AL-QAMAR…

1st berbuka puasa kat umah abg lan di putrajaya, kebetulan masa tu aku gi umah dia nak ambik barang tertinggal. kalu nak blk berbuka kat Ampang memang xsempat dah…masa terlalu suntut utk aku berbuat demikian. ptg tu aku ada gi umah asma’ utk antar camera…jumpe ngan p’cik. ummi asma’ suh berbuka puase umah dia ptg nih, tp aku terpaksa menolak pelawaan tu sbb ada hal yg xdpt dielakkan…insyaAllah asma’, kalu ada masa dan rezeki..next week k.ja n lela dtg iftar kat umah asma’

sampai kat fedec masa tu dah kul 9.30pm…smpai2 jer tgk fedec dah kenas semacam n ada perubahan…aku tgk byk buku2 citer yg tersusun rapi kat rak buku. ada gak aku nak tnye lela..tp ms tu masa xmengizinkan aku buat mcm tu…letih sgt…so utk soalan yg bermain di benak fikiran aku pd mlm tu terpaksa aku kuburkn dulu…nnti esok2 pagi aku tnye si lela tu…

esok…bermula la tugas aku masa bulan puasa…camne ek??? harap2…Allah permudahkan segala urusan aku…kepada kwn2 " SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ", semoga bulan ramadhan kali ini membawa seribu kemuliaan dan kerahmatan. sama2 la kita mengimarahkan bulan ini dgn alunan suci al-Quran w/pon bermula dgn sedikit ayat dan bykkan buat amal ibadat…sape tahu, mgkn bulan ramdhan kali ni merupakan bulan ramdhan yg terakhir buat diri kita semua…

Bookmark and Share

:::soalan:::

September 23rd, 2006 by al-mawaddah

Sabtu, 23 hb Sept 2006

Lepas bangun solat subuh…entahlah nape tibe2 jer rase rajin nak wat soalan latihan perdagangan utk tingkatan 5K1 dan 5K2. next week dua kelas ni ada 2 masa…xtau nak ajar apa…skema jawapan utk trial SPM baru2 ni pon dah abis kami bincang. Masa perkongsian minda hari kamis ari tu, puan Norliah ada jumpe dengan aku bincang berkenaan dengan peperiksaan Gerak Gempur Perdagangan dari seluruh ketua Penitia Ulu Kelang. Aku dah tgk skit bentuk soalan PD tu camne…so soalan latihan yg aku akan buat ni ada la skit2 chapter yang akan masuk dalam exam tu…bukan soalan tp chapter dan bentuk soalan jer yg aku nak dedahkan kat diaorang. Biar diaorang sume study balik bab2 yg akan aku dedahkan tu. At least, diaorang dah prepare skit2 utk peperiksaan gerak gempur tu…

Masa wat soalan tu…aku try la tgk i magazine…nak cari hadis2 pasal kelebihan orang yg berilmu…masa belek2 majalah tu, aku ada terbaca Dari meja penulis…ermm menarik bg pandangan aku…JODOH Pencinta Ilmu. Afdhal kalu aku kongsi dgn sahabat2 sume…

Kisahnya begini…

“ Ada tiga pelajar lelaki yg bersahabat baik sejak di sekolah menengah. Ditakdirkan sahabat2 ini berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Timur Tengah. Dua daripada mereka memang terkenal aktif dalam pelbagai program anjuran kampus manakala yang seorang lagi menjadi ulat buku.

          Ketiga-tiganya saling bersaing utk menjadi siswa terbaik di kampus. Si ulat buku ini tetap menang dalam acara menadah ilmu dan menjadi kebanggaan dua kawanya itu. Dia juga merupakan teman rujuk kepada mereka sejak di bangku sekolah lagi. Cinta si ulat buku ini kepada ilmu sehingga xkisah pasal makan minum, xingat nak kawin dan duit yang ada byk digunakan utk membeli kitab2 rujukan.

          Tiba di tahun 4 iaitu pada tahun utk menamatkan pengajian, masing2 sibuk mencari pasangan hidup yang sama sepengajian. Tapi si ulat buku yang sudah dipanggil ustaz itu sibuk dengan dunia ilmunya sahaja sehingga merisaukan dua org temannya. Puas di usik, dipadan-padankan, puas disuruh cari tapi dia matikan diri, leka dgn keghairahan menadah ilmu. Semakin byk menadah ilmu dgn alim ulama’, dia rasa semakin byk ilmu yg dia xtahu dan mahu utk terus mencarinya lagi.

          Sehinggalah detik2 terakhir sebelum pulang ke tanah air, tiba2 seorang gadis menawarkan diri utk dijadikan isteri. Gadis itu merupakan siswiterbaik di kampus itu yang mewakili M’sia. Subhanallah, terpana seketika kedua2 sahabatnya. Memang sesuai Allah jodohkan mereka berdua, sama padan dan sama alim. Di sini menyaksikan kebesaran Allah swt.

          Inilah hakikat kelebihan orang yg berilmu dan engamalkan ilmunya. Soal jodoh pun Allah permudahkan. Allah menjanjikan mana2 lelaki yg mencintai agamanya dan mencintai ilmu2 ke arah mendekatkan diri denganNya, ke mana saje dia pergi akan dirai, seluruh makhluk di atas dunia dan di langit akan mendoakan kebaikan utknya. Ibu bapa yang mempunyai anak gadis akan rasa berbesar hati utk menawarkan anak perempuan mereka utk dijadikan isteri.

          Pernah berlaku ketika ketiga2 sahabat ini masih menuntut ilmu, ada sahabat mereka yg gagal peperiksaan di tahun dua. Dia telah bertunang dgn seorg gadis yg sedang melanjutkan pengajian di universiti tempatan. Apabila mendengar sahaja dia gagal dlm peperiksaan, keluarga perempuan telah memutuskan pertunangan krn terlalu malu.

          Kesimpulan yg dapat dibuat dr kisah ni…bahawa setiap lelaki mesti berusaha mencari ilmu kerana dgn ilmulah dia dpt memimpin dan mentadbir keluarga dan dgn ilmu jg perkerjaan, harta dan jodoh blh dicari.”

Hehehe..memang menarikkan citer ni…bertapa kuatnya sanjungan jika benar2 menjadi seorang yg berilmu dan mengamalkan ilmu yg dimiliki. Terdetik gak di hati ni…supaya pelajar2 aku nanti menjadi mcm kisah ni…tp camne nak dedahkan diaorang bertapa pentingnya kelebihan menuntut ilmu…insyaAllah aku akan cuba yg terbaik utk mentarbiyyahkan pelajar2 aku…

Ari ni gak..aku kena hantar jubah konvo kat UPM sbb ari ni last due date pemulangan jubah konvo. Kena singgah kat DN (Darul Najjah) kejap, nak jumpe Sal dan adik2…kalu xjumpe diaorang…entah bila lg ada masa yg sesuai utk merapatkan ukhwah yg terjalin nih…masing2 sibuk dgn komitmen sbg seorang pelajar dan aku plak sibuk sbg seorang pendidik sementara hihihi…

Bookmark and Share

:::marhaban ya ramadhan:::

September 21st, 2006 by al-mawaddah

Ramadan bulan menggandakan ibadah

Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu kefarduan bagi
seluruh umat Islam yang bergelar mukalaf
. Ini difahami daripada firman
Allah s.w.t., “Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana telah difardukan ke atas mereka yang sebelum
daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Antara budaya kita pada hari ini adalah terdapat sebilangan umat
Islam apabila hampir kedatangan bulan yang mulia ini, mereka pada
kebiasaannya mulai sibuk pergi membeli-belah khususnya bagi mendapatkan
pakaian, langsir, kelengkapan rumah dan sebagainya untuk digantikan
dengan yang baru.

Pada hakikatnya tujuan utama mereka adalah bagi menyambut Syawal
iaitu Hari Raya Aidilfitri dan bukannya bulan Ramadan al-Mubarak.
Walaupun begitu, budaya ini bukanlah salah 100 peratus, malah ada
kebaikan yang tersendiri.

Apa yang menonjol adalah sambutan kemeriahan hari raya lebih
mendominasi daripada sambutan bulan Ramadan, sedangkan Ramadan adalah
bulan yang sepatutnya menjadi impian orang mukmin untuk menjejakkan
kaki mereka ke dalamnya dan bersungguh-sungguh melipatgandakan amalan.

Ini kerana bulan Ramadan sahaja yang menjanjikan pahala berlipat
kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.
Malah bulan ini juga
menjanjikan keampunan daripada Allah s.w.t. sebagaimana hadis
Rasulullah s.a.w.: Daripada Abi Hurairah, Nabi bersabda, solat lima
waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadan
sampai puasa Ramadan berikutnya adalah penebus kepada dosa-dosa (kecil)
yang dilakukan antara kedua-duanya bila dosa-dosa besar dijauhi.
(riwayat Muslim)

Budaya sebegini juga diwarisi turun-temurun yang menyebabkan
keghairahan menyambut ketibaan Ramadan kurang dirasai. Ini jauh berbeza
dengan sikap para sahabat yang amat ternanti-nanti kedatangan bulan
mulia ini dengan penuh keriangan dan pemergian bulan ini pula amat
ditangisi.

Selain itu juga, bulan mulia ini juga dicemari dengan gambaran yang
negatif seperti bulan yang letih, lapar, dahaga, tidak produktif,
kurang proaktif dan sebagainya.

Pada hakikatnya bulan Ramadan adalah bulan yang sepatutnya
menjadikan umat Islam agar lebih produktif, proaktif, aktif dan
bertenaga berusaha menjanakan kekuatan untuk memperbanyakkan ibadah dan
mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Sejarah awal Islam juga telah membuktikan bahawa banyak kemenangan
dicapai pada bulan Ramadan.
Antaranya peperangan Badar, beberapa
peperangan Tabuk, pembukaan Kota Mekah dan sebagainya.
Jika dilihat
dari sudut ini, tercatatnya kemenangan ini mencerminkan kekuatan
fizikal dan mental umat Islam.

Oleh itu, tanggapan negatif terhadap Ramadan wajar dihilangkan dengan memberi pemahaman yang tepat berkaitan bulan ini.

Bagaimanakah cara yang tepat bagi menyambut kedatangan Ramadan?

Antara bentuk persediaan terbaik ialah:

Pertamanya: Kita hendaklah sentiasa berdoa agar diberi peluang dan
berkesempatan bertemu Ramadan tahun ini. Di samping itu, hendaklah
dipohon agar dikurniakan kesihatan tubuh badan supaya dapat melakukan
seberapa banyak ibadat pada bulan tersebut.

Kedua: Mengulangkaji serta mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
ibadah puasa sama ada melalui pembacaan, pertanyaan, menghadiri kuliah
agama dan sebagainya. Antara ilmu-ilmu tersebut, dari segi fikah
merangkumi persoalan rukun puasa, syarat puasa, syarat sah puasa,
perkara-perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya.

Hikmah

Aspek falsafah puasa termasuklah hikmah disyariatkan puasa. Selain
itu, ilmu-ilmu berkaitan bentuk-bentuk amalan yang sepatutnya
dilipatgandakan

dalam bulan yang mulia ini juga patut diketahui untuk dijadikan pengisian utama selaras dengan sunah Rasulullah s.a.w..

Ketiga: Mengetahui tahap orang yang berpuasa sebagaimana yang
dijelaskan oleh Imam al-Ghazali. Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya
Ihya Ulumuddin, tahap puasa diklasifikasi kepada tiga iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus.

Puasa umum adalah tahap yang paling rendah iaitu menahan daripada makan, minum dan jimak pada siang hari.

Puasa khusus, di samping menahan yang tiga tadi, ia juga memelihara
seluruh anggota tubuh daripada perbuatan maksiat atau tercela.
Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati daripada
segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya
memikirkan apa-apa yang selain Allah.

Puasa tahap ketiga ini adalah puasa para nabi-nabi, siddiqin dan
muqarrabin. Sedangkan puasa tahap kedua adalah puasa orang-orang soleh.

Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu.

Pertama, menahan pandangan daripada segala hal yang dicela dan
dimakruhkan serta daripada tiap-tiap yang mengganggu dan melalaikan
daripada mengingat Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, Barang siapa
meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah
menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam
hatinya.

Kedua, menjaga lidah daripada perkataan yang sia-sia, berdusta,
mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan
waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca al-Quran. “Dua perkara
merosakkan puasa,” sabda Rasulullah, “iaitu mengumpat dan berbohong.”

Ketiga, menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata yang tidak
baik kerana tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula
mendengarnya. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Yang mengumpat dan yang
mendengar, bersekongkol dalam dosa.

Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain daripada perbuatan
dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan
mungkar, mencegah perut daripada memakan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan semasa berbuka sampai perutnya penuh
makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat
merasai manfaat dan hikmah puasa.

Keenam, hatinya sentiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap
(raja’), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak
oleh Allah.

Sekiranya cadangan persediaan awal Ramadan ini dihayati, maka untuk
membuahkan puasa yang berkualiti akan lebih mudah dicapai. Pada masa
yang sama, ia menjadikan semua gerak kerja kita seharian sebagai
ibadah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda lagi, “Sesiapa yang
berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ketaatan, maka akan
diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari)

Inilah antara kemurahan Allah kepada umat Nabi Muhammad. 

Sabda Rasulullah s.a.w., “Telah diberikan kepada umatku pada bulan
Ramadan perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi
sebelumku. Pertama, pada permulaan bulan Ramadan Allah melihat kepada
umatku, barang siapa Allah melihat kepadanya, maka dia tidak akan
diazab selama-lamanya. Kedua, bau mulut mereka pada waktu petang lebih
wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi. Ketiga, para malaikat
memohon ampun untuk mereka pada setiap hari dan malam. Keempat, Allah
menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya bersiap sedialah kamu
dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba-Ku, mereka hampir beristirehat
daripada kepayahan dunia menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku. Kelima,
pada akhir bulan Ramadan Allah mengampuni semua dosa mereka, seorang
lelaki daripada kalangan sahabat bertanya: Adakah itu malam Lailatul
Qadar, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Tidak, Apakah engkau tidak
melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja, apabila mereka telah
selesai daripada pekerjaan mereka, maka diberikan upah-upah mereka.”
(Riwayat Ibn Abi al-Dunya).

Bookmark and Share

:::my convocation:::

September 20th, 2006 by al-mawaddah

Tanggal selasa 19 sept 2006 persamaan dengan 26 Syaaban 1427 H
di dewan Sultan Salahuddin Aziz Syah, UPM merupakan hari yang paling
mengembirakan dalam hidup aku…hari paling mendebarkan dan hari paling
bersejarah yang akan terpahat dalam ingatan aku…MY CONVOCATION DAY !!! Tahniah utk aku sendiri…sedikit catatan ketika konvo…

7.30 pagi…
Aku
bertolak ke UPM dari umah A.Lan…sebelum bertolak, sempat lagi aku
berposing dengan camera a.die…posing ngan a.lan coz dia xdapat gi sbb
ada function kat JAWI..huhuhu sedihnya…

7.45 pagi…
Sampai
ke UPM…fuhhhh legaaa…aku ingatkan aku graduan yg paling lambat
sampai…tp nasib baik ramai lg graduan2 lain yg on the way ke
dewan…sampai depan dewan aku bersiap pakai jubah ala kadar jer sbb
rasa cam xsempat…cari kwn2 yg lain tp xjumpe. Tup..tup terpaksa tanye
para petugas sebelah mana para graduan berkumpul. Rupa2nya sebelah kiri
dewan…tercari2 gak mana graduan
BACELOR SAINS KOMPUTER (RANGKAIAN KOMPUTER)
berkumpul?? Akhirnye jumpe gak diaorang…hepi sgt mase tuh…jumpe blk
kengkawan yg lama xjumpe…hehehe ramai org tegur aku…dah semakin
kurus!! Mak n pok su masuk di kanan dewan…

8.00 pagi…
Para graduan berarak masuk ke dewan…hah masa nih memang rasa bangga sgt…jalan atas karpet
merah tuuu..biasanye aku dgr artis, VVIP, menteri2 dan agong je yg
berjalan atas karpet merah…tapi hari ni aku dpt merasai gak camne
perasaan berjalan atas karpet merah…masa masuk dewan…semua tetamu
bagi tumpuan kat kami semua…warghhh…bangganye

8.15 pagi…
Perarakan
tetamu2 kehormat masuk ke dewan di iringi dengan paluan cak lempong
(kata k.nim). hari ni pro canselor, Prof Nayan yang akan mengurniakan
kami ijazah.

8.45 pagi…
Perngurniaan ijazah bermula…lps jer student master, turn student Bacelor senibina…next turn BACELOR SAINS KOMPUTER.
Masa tu bukan main berdebar lagi…pikir macam2…mana la tau kot2
jatuh atas pentas ke..pengsan ker…alhamdulillah okes jer masa atas
pentas tu…tp sampai sekarang aku xingat situasi masa atas pentas
tu…blurr

11.30 pagi…
Ucapan wakil pelajar…masa tu terharu sgt mcm nak nangis pon ada…sape la wat ucapan yg sedih mcm tu…(sedikit keratan ucapan wakil pelajar)
Suka duka ditempuhi bersama…
Berhabis masa dan wang ringgit semata2 utk mendapatkan ilmu di UPM (kampus
hijau)…
Selamat menempuh dunia perkerjaan yang penuh mencabar…
Terima kasih kepada para pensyarah…
Terima kasih kepada kedua ibubapa…’
 
12.00 t/hari
Konvokesyen di tangguhkan oleh pro canselor…Akhirnya
aku keluar dewan bersama2…sempat ambik peluang utk merakamkan
kenangan terindah dengan classmate kat depan dewan…alhamdulillah
akhirnye dpt jugak aku segulung ijazah…

Untuk
kwn2…aku nak ucapkan TAHNIAH !!!
sebab korang akhirnya dapat gak
segulung ijazah setelah 3 tahun menuntut ilmu di kampus hijau ni.
Selepas menempuhi segala dugaan dan cabaran…suka dan duka…susah dan
senang…selepas menempuhi saat2 bersama ketika membuat kerja
berkumpulan dengan ahli2 yg xsekepala…saat2 buat assignment last
minute…saat2 presentation projek akhir…dan saat2 yang terindah
bersama kalian…dan jangan lupa kenangan kita di Pord Dickson…

Thanks
utk mak dan pok su…thanks jgk utk a.die sekeluarga sbb sudi datang
meraikan konvo Ja n beautiful flower…utk k.Ros, tima kasih byk2 sbb
sudi datang, sponser kasut konvo, sanggup ambik cuti dan beautiful flower… utk Arisya dan
Adik Reen, thanks a lot of coz sudi memeriahkan lagi konvo mok do.

Paling
aku xsangka2…fiesa, mariah, ju dan sal sudi datang masa konvo
aku…thanks korang…tak terungkap oleh kata2…masa ni la aku suh
a.die rakam saat2 bersama2 korang sume..pastu kena paksa bagi ucapan
tu..hehehe saje2 jer nak main2kan korang…bila lagi nak suh korang
mengalami saat2 cam ni…apa2pon sori sebab paksa korang bg
ucapan…bila tgk blk video tu hehehe lucuuuu…
 

p/s: trima kasih byk kepada yang sudi hadir…

Bookmark and Share

tahniah…

September 16th, 2006 by al-mawaddah

Buat asma’ dan lela…tahniah k.ja ucapkan…xde hadiah bernilai yg dapat k.ja bagi utk korang berdua hanya sekalung tahniah dan dapat menghadirkan diri masa konvo korang berdua hari nih…k.ja rasa sangat terharu sbb adik2 k.ja akhirnya dapat gak segulung IJAZAH yg diidam2kan selama ni…lps ni harap2 asma’ n lela sambung study deh…korang berdua masih muda lg…tuntut la ilmu sampai ke hujung dunia…k.ja akan follow korang berdua kalu ada rezeki…

utk k.nim…thanks 4 the beautiful flower ek…pastu sudi ambik ja kat Ampang walaupon sampai sesat2…abg G skali sbb sabar melayan kerenah kami yg suka sgt suh tu dan ini…lain kali blh lg pinjam perkhidmatan abg G…bulih x k.nim??

kira ari ni puah hati la w/pon dah terlewat sgt aku ngan k.nim sampai kat konvo diaorang…diaorang sume tggu kami dgn penuh sabar…tp asma’ mase tu dah nak blk umah..nasib baik aku call, kalu x meme melepas la nak jumpe dio…dpt gak bergamba dgn mak bapak lela n ummi abah asma’…terharunye…bdk2 kelas asma’ n lela pon sempat aku jumpe, tu pon yg baik dgn aku n k.nim. tahniah buat jun, haris, lea, diana dan lain2…

Bookmark and Share

teringat…

September 15th, 2006 by al-mawaddah

bangun pagi2 nih, teringat plak diamond paling berharga dalam hidup aku…‘MOK’…nape tiba2 jer rindu kat mok…mungkin sbb dah lama xbalik kg jumpe dgn mok kot…waaaarghhhh rindunye kat mok…nasib baik dlm masa 2 3 hari lagi aku akan jumpe jgk dgn mok…xsabar2 rasanye nok jupo dgn mok…

Belaian IBU

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu di dunia
Bertakhta di kau di jiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Bookmark and Share

:::relax::::

September 15th, 2006 by al-mawaddah

kat sekolah pagi ni ada perhimpunan pagi…sume guru pon diwajibkan turun bersama2…aku pelik gak sbb biasenye kalu ari jumaat mana ada perhimpunan pagi kecuali ari senin…tup2 aku dgr pagi ni nak baca YASSIN beramai-ramai…ambik keberkatan pada hari JUMAAT yang mulia ni..bagus gak idea ni, aku sokong benar la…bila lagi nak wat pahala. rasa aku cikgu penitia Pendidikan Agama Islam kot buat majlis nih…bagus2 ada peningkatan…yg aku betul2 tabik, sbb pelajar2 kelas yang aku ajar mengetuai bacaan yassin nih..alhamdulillah…sejuk perut ibu mengandung.

yg aku paling best ari ni sbb xyah masuk kelas…hehehe. bulih la duk relax skit..tp tu utk mggu ni jer, tp next week masa utk relax dah xde sbb cikgu praktikal tu abih praktikal kat sini ari ni. 2morrow lela dan asma’ konvo..happy convocation day for asma n lelaesok aku dah ambik cuti tanpa gaji utk pegi majlis konvo diaorang..planning ngan k.nim nak gi sama2…nanti ari selasa time aku plak…huhuhu.baru kejap td aku trima sms dr k.zie n satu family.
……………………………………………………………………………………………………..

15 sept 2006
21:03:48

k.zie :
~ harap semuanya ok. ikut hati teringin jugak nak p…k.zie xjadi balik kg, a.die kena keje. lgpun k.zie ada metting esok. selamat berkonvo. tahniah dari kami buat mok do ~

p/s : ucapan konvo utk aku…thanks

………………………………………………………………………………………………………..

warghhh…ngantuknye…malam ni budak2 muktamar PKPIM nak tdo kat FEDEC…katanye dlm 30 orang yg akan tumpang tdo sini. so jadi la aku tuan umah tanpa lela…diaorang akan tumpang selama dua hari sampai la abis muktamar hari ahad ni…

Bookmark and Share

penatnye

September 14th, 2006 by al-mawaddah

memang betul2 penat…penat..penat…lps blk sekolah terus je ke UPM nak ambik jubah konvo, kalu nak ambik esk memang xsempat sbb kaunter dibuka smpai kul 12.00 thari jer. aku la orang last skali ambik jubah utk ari nih..dapat plak size M <besar gedabak n labuh>. lepas je settle ambik jubah…terus ke SS <tempat port aku masa jadi student UPM dulu>..dtg sini nak scan..tp thumdrive plak xde..masalah is problem betul la. kena send melalui email…email plak buat hal…lembab…masalah ni dr dulu lg xsettle…maklum la bisness..bisness…aku kena byk bersabar. lps nih nak gi mines plak…rsnye xjadik kot…lewat benor dah ni. terpaksa la aku ubah Plan B…kalu plan B of course la aku kena terus ke jalan TAR cari tudung…

xpe la…janji tudung beli..lps ni xde la aku abiskan masa aku utk ari jumaat hingga senin nih utk beli tudung…satu lagi nak beli hadiah kat budak2 tu…adusss…ambik ms lagih…kalau ikutkan hati xnak gi sekolah esok…tp sian kat budak2…xpe la…selagi kudrat ada…aku akan cuba kuatkan diri utk esok…

p/s : ni la kejadahnye kalu dah sume wat last minit…

Bookmark and Share